Bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan
berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu
dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian
yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur
merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda
Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.
Portal
Pusat Maklumat Rakyat (Portal PMR) 2016
No comments:
Post a Comment